Kedai Buku Al-Nidaa

Troli Anda

Your Cart is currently empty.

Al-Nidaa

E-mail Cetak PDF

Pertubuhan Alnidaa'

 

Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa Malaysia (Al-Nidaa singkatannya), yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 11 Julai 2001 ( No. Pendaftaran 769), adalah sebuah badan dakwah dan kebajikan.

Sebagai pertubuhan Islam, Al-Nidaa berpegang kepada manhaj ahli sunnah wa al-jamaah yang berlandaskan al-Quran dan al-hadis dan menggalakkan muslimin dan muslimat menimba ilmu dan beramal dengannya agar terhindar dari taqlid.Khususnya Al-Nidaa menekankan ilmu akidah sebagai tunjang kepada iman dan benteng daripada segala bentuk penyelewengan dan pemikiran asing kepada Islam yang tulin.

Dalam hal ini Al-Nidaa akan menyampaikan ilmu Islam melalui berbagai media dan akan berkerjasama dengan mana-mana pendakwah samaada di dalam atau luar Kerajaan.Al-Nidaa ingin merapatkan jurang di antara ulama dan realiti kehidupan di era moden ini agar dakwah mereka mengambil kira kemaslahatan masyarakat dan supaya masyarakat menerima Islam sebagai cara hidup yang syumul

Al-Nidaa akan juga menekankan keutamaan ukhuwah bukan sahaja di kalangan pendakwah-pendakwah tetapi juga di antara ahli-ahli jamaah dan akan mengisinya dengan program-program tertentu bagi menjana kesatuan dan kekuatan ummah.Ahli-ahli jamaah akan dilibatkan dalam membantu dakwah islamiyah dan juga dalam berbagai usaha untuk memantapkan kerjasama dan bantu membantu, terutamanya kerja-kerja kebajikan terhadap masyarakat.

Hubungi Kami

Kedai Buku Al-Nidaa'
17A, Lorong Datuk Sulaiman 7,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur

  • Tel:  (+6) 06 7710 6900
  • Fax: (+6) 06 7710 7900
  • Email:
    zainuddin.alnidaa@gmail.com

Zainuddin
H/p: (+6) 012 282 0244

Hubungi kami melalui borang online DISINI

Lokasi Kami